SkEtsA kEhiDupAn

"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam"

~salam terakhir~

salam akhir 2008..

nampaknye 2008 bakal melabuhkan tirainya xlama lagi..begitu cepat masa berlalu.terasa seperti baru semalam limpahan cahaya bunga api sambutan tahun 2008 menerangi ruang langit disetiap pelusuk dunia..tp malam ni, limpahan itu bakal berulang lagi..kali ini angkanya telah berganti.2009 bakal melakar pelbagai lagi kisah dlm kehidupan kita.

2008 yg bakal kita tinggalkan tidak lama lagi pasti telah mencatatkan 1001 kenangan yg xmungkin kita akan lupakan..suka duka,tangis ketawa..semua akan menjadi lipatan sejarah yg xmungkin akan berulang kembali..

tahun 2008 juga telah melakar banyak kisah suka dan duka dalam kehidupan aku..biasala..tak dinamakan kehidupan jika tiada dugaan kan?cuma sbg hambanya..terpulang pada kita bagaimana untuk terus menghadapi semua dugaan ini..kuat atau tidak..kita kene yakin bahawa itu semua adalah Qada dan Qadar dr NYA..

walau ape pun sejarah yg telah terlakar untuk tahun ini..janganlah kita jadikannya sebagai penghalang untuk kita terus menghadapi cabaran hari esok..dan biar semanis mana kenangan yg dicipta..janganlah kita terus leka dgn kegembiraan itu kerana hari esok blm tentu menjanjikan kegembiraan seperti hari semalam.

semoga azam dan matlamat yg ditetapkan untuk tahun 2009 ini bakal terlaksana bersama usaha dan doa..dan bagi azam tahun 2008 yg masih belum tercapai..jangan terus kuburkannya bersama sama dgn hilangnya tahun 2008 ini..mungkin rezeki itu belum menjadi milik kita..


salam terakhir buat semua di penghujung 2008..kemaafan aku pohon dr semua andai aku terlalu banyak tersilap kata,terkasar bahasa dan sering membuat kalian terguris dgn sikap aku ketika aku bersama sama kalian di tahun 2008..doakan aku supaya menjadi lbh tabah dan semakin dewasa untuk menghadapi hari esok..


SaLaM mAaL hIjRah..1430H
"sElAmAt MeNyAmBuT tAhUn BaRu 2009"